Mungkin dilihat mustahil kebangkitan rakyat di Mesir untuk disamakan dengan kesedaran berpolitik di Malaysia. Banyak pendapat yang menyebabkan pemerintah tersenyum lebar dan mampu tidur lena sepanjang malam. Rakyat negara ini tidak kelaparan dan masih mampu membeli petrol biar berapa kali pun dinaikkan dalam setahumn kerana pendapatan yang tinggi.
Namun bukan dalam semua keadaan rakyat merasa kehidupan mereka selesa. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil serius oleh kerajaan. Terutamanya kekebasan media massa, masalah rasuah, penyelewengan serta ekonomi yang berlegar di kalangan orang-orang kaya dan berkuasa. Masalah ini antara penyebab berlakunya rusuhan di Mesir. Faktor yang menyebelahi Malaysia hanyalah jumlah rakyat yang sedikit 28 juta orang, jika seramai 80 juta seperti Mesir maka jurang pendapatan tentunya sangat lebar dan ketidak puasan hati sukar dibendung.
Menurut bekas Ahli MPT PKR Badrul Hisham Shaharin kerajaan memerintah perlu membuka ruang kebebasan yang lebih luas kepada rakyat dan jangan keterlaluan menekan mereka sama ada dalam politik mahupun ekonomi .
“Bagi saya, jika penindasan diteruskan, jika rakyat tidak banyak ruang lagi, pemerintah menolak rakyat ke dinding tentunya rakyat akan bangkit.
“Saya yakin dan percaya kebangkitan rakyat itu mula ada riaknya. Di Mesir, di kebanyakan tempat kebangkitan rakyat tidak diorganisasikan. Ia tidak ada kumpulan yang betul-betul memimpin kebangkitan.
“Saya gusar di Malaysia pemerintah meragukan kekuatan PKR, kamu ukur kekuatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Betul, memang kami kekurangan dari segi logistik. Tetapi jangan ‘under estimate'(memperkecilkan) kekuatan rakyat tertindas (menolak keluhan mereka), rakyat akan marah,”kata Badrul.
Terbaru, lapor agensi berita al Arabia rejim Mubarak menggunakan taktik menggempur penunjuk perasaan menggunakan pasukan polis rahsia berpakaian awam. Mereka merempuh dan membelasah penunjuk perasaan di Medan Tahrir mengakibatkan 10 terbunuh dan 1,500 lagi tercedera. Bagaimanapun penunjuk perasaan tidak akan berganjak dari tuntutan mereka agar Mubarak berundur.