Kejayaan Tian Chua merebut kerusi parlimen Batu dengan mengalahkan pesaingnya iaitu anak kepada mantan Presiden GERAKAN Lim Sin Pin membuka mata para pengundi dan rakyat di kawasan parlimen itu termasuk dari Sentul, Taman Koperasi Polis, Kg Padang Balang, Kg Chubadak, Kg Batu Muda, Pangsapuri Batu dan persekitarannya.
Walaupun kesibukan dengan tugas-tugas parti dan juga bila tiba persidangan parlimen, Tian Chua tetap dapat membahagi
kan masanya untuk bertanya khabar, menjenguk kematian, bersua gologan miskin dan kurang upaya bagi meringankan beban yang mereka tanggung samada material ataupun sosial.
Sementelahan pula kemenangan PR di Batu berada dalam negeri Wilayah Persekutuan yang mana tidak mempunyai kerajaan negeri dan tidak disalurkan peruntukan bagi menjalankan aktiviti dan cadangan pembangunan dari wakil rakyat mereka.
Oleh itu semamangnya agak terbantut jika rakyat menuntut biaya pembangunan dan prasarana untuk dipenuhi, namun bagi Tian Chua segala rintihan dan rungutan rakyat tetap akan cuba dipenuhi samada mencari dana sendiri ataupun membawa terus segala aduan rakyat kepada pihak DBKL dan kementerian yang berkenaan.
bersambung di keluaran seterusnya