KENYATAAN MEDIA: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) meminta agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk ‘turun padang’ pada musim perayaan ini bagi melihat sendiri pasaran kuih muih raya yang dilambakkan di pasaran termasuk di Pasar Raya tentang status halalnya yang mengikut garis panduan yang dibenarkan.
Berdasarkan laporan media terdapat pendedahan tentang kuih muih raya yang di import daripada Negara China yang diragui status halalnya. Dalam masa yang sama jika dibandingkan dengan harganya turut jauh berbeza iaitu lebih murah dengan kuih muih raya yang dibekalkan oleh pasaran tempatan. Terdapat dua isu penting di dalam perkara ini iaitu tahap kesucian bekalan daripada luar tersebut dan juga perbandingan harga yang begitu ketara yang menyebabkan pasaran tempatan tidak mampu menyainginya.
Sudah tentu isu kandungan bahan yang digunakan sebagai ramuan menjadi persoalan besar yang perlu disahkan oleh pihak JAKIM kerana ianya sudah berada di pasaran negara kita. Ianya juga berkaitan tentang bahan yang digunakan sama ada ianya bahan asli atau tiruan dan antara contohnya seperti beras tiruan yang digunakan sebagai bahan utama membuat kuih muih raya serta lempeyek tiruan yang bercampur dengan bahan plastik yang banyak didedahkan sebelum ini. Malah isu pensijilan halal terhadap kuih muih raya tersebut banyak diperkatakan kerana kita sendiri tidak melihat bagaimanakah proses pembuatannya dilakukan. JAKIM wajar perjelaskan keraguan kuih muih raya ini kerana kita telah terdedah dengan lambakkannya di pasaran pada masa kini dan ianya memerlukan tindak segera daripada pihak yang berwajib.
PENYEDAR meminta orang ramai berhati-hati ketika membeli kuih muih raya di semua gerai serta Pasar Raya kerana ianya dibimbangi status halalnya dan juga akan menyebabkan kesan sampingan di masa yang akan datang. Malah dibimbanginya jika terdapat kes-kes yang akhirnya menyebabkan kematian jika tiada tindakan daripada awal lagi oleh pihak yang berwajib. PENYEDAR meminta agar JAKIM menyediakan senarai kuih muih raya yang telah diperiksa status halalnya untuk paparan dan maklumat kepada orang ramai. Ianya sebahagian langkah bagi membantu dan memberikan kesedaran kepada orang ramai akan keperluan mendapatkan kuih muih raya yang diberikan tanda halal oleh JAKIM dalam masa yang sama. JAKIM harus pro aktif dan kehadapan membantu orang ramai mencari kuih muih raya terutamanya di dalam musim perayaan pada masa ini dan ianya membantu pengusaha tempatan agar menjadikan produk mereka mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada JAKIM dalam masa yang sama juga.
PENYEDAR telah melantik Pasukan Sukarelawan untuk meninjau sendiri pasaran kuih muih raya bagi membantu JAKIM dan pihak yang berwajib agar orang ramai tidak tertipu dan terpedaya serta tersalah membeli barangan yang diragui di pasaran. Dalam musim perayaan ini sudah tentu fokus kuih muih raya akan diperkatakan dan ianya memerlukan maklumat daripada orang ramai untuk membantu pihak berwajib terutamanya mengesan barangan yang diragui sama sekali. JAKIM juga wajar membuka Kaunter Aduan di tempat-tempat yang berstrategik bagi menerima aduan terus daripada orang ramai jika terdapat di pasaran kuih muih raya yang tidak jelas statusnya. Orang ramai juga perlu sama-sama membantu bagi membenteras isu ini agar kita semua dapat mengelak perkara yang lebih mudarat di masa yang akan datang. Orang ramai boleh menyalurkan aduan juga kepada kami melalui talian : 013-3493848.
HAJI ASMUNI AWI merupakan Pengerusi, Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak.