Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin agar membuktikan kemenangannya di parlimen Rembau dalam PRU13 lalu bukan disebabkan penipuan pilihan raya.
Cabaran itu dibuat berikutan kumpulan siasatan penipuan dan penyelewengan PRU-13, #siasatpru-13 yang diketuai turut menerima laporan polis berhubung isu penipuan pilihan raya oleh pengundi di Parlimen Rembau.
Pengundi tersebut, Mohd Khir Shaari membuat laporan di Balai Polis Rantau, Seremban pada 5 Mei apabila Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman tidak membenarkan beliau mengundi dengan alasan sudah mengundi.
“Saya juga mencabar Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau,” kata Rafizi.
Menurut Rafizi, Khairy perlu membuktikan seperti mana dakwaan dirinya sebagai seorang menteri yang moderat dan boleh menerima pandangan semua pihak termasuk sayap pemuda Pakatan Rakyat (PR).
Sebelum ini PRU13 yang berlangsung 5 Mei lalu mencipta sejarah apabila menjadi pilihan raya terkotor pernah diadakan sepanjang 13 pilihan raya.
Antaranya, kewujudan pengundi hantu, warga asing diberikan kad pengenalan untuk mengundi dan penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir kakitangan SPR, kata Rafizi dalam sidang media semalam.
Welcome to the Frontpage
Rafizi cabar Khairy buktikan kemenangan tanpa penipuan
Pesta Himpunan Rakyat , tolak penipuan PRU
Rakyat perlu ambil semula demokrasi yang dicuri dari Pilihan Raya Umum ke 13, kata jurucakap gabungan Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin dalam sidang media 20 Mei lalu.
Gagasan Suara Rakyat 505 , gabungan 48 NGO seluruh Malaysia itu turut mengumumkan pelancaran 'Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi' pada 25 Mei di Padang Timur MBPJ bersebelahan Amcorp Mall, Petaling Jaya
Pesta kebangkitan rakyat akan menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan pilihan raya
"Kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan Dun.
"Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya," kata Badrul yang juga presiden SAMM
Badrul juga mengingatkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia agar tidak termakan dengan provokasi unit saraf BN yang cuba mengambil kesempatan daripada mood kemarahan rakyat.
"Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi, kita akan bagi pengarahan yang jelas kepada rakyat," katanya lagi
Sementara itu, Presiden SMM Safwan Anang mengingatkan bahawa himpunan kali ini tidak ada kena mengena dengan 'Malaysia Spring' seperti yang digembar gemburkan media arus perdana
"Malaysian Spring hanya agenda yang direka untuk menakut nakutkan rakyat, kami mahasiswa terlibat secara profesional dan kami yakin, SPR bertanggungjawab dalam penipuan yang berlaku, kami tuntut mereka letak jawatan," kata Safwan
Suara Rakyat 505 antara lain menuntut tiga perkara; Pembubaran SPR bagi memberi laluan kepada SPR yang dilantik secara 'pendengaran awam' dan diletakkan dibawah kuasa parlimen Malaysia, mendesak pilihan raya semula di tempat yang terbukti wujud penipuan dan menyokong tribunal rakyat yang diperjuangkan oleh Bersih.
KEADILAN dedah bukti terbaru pengundi hantu PRU-13
KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung isu pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli membentangkan lapan salinan laporan polis oleh pengundi di lapan Parlimen seluruh negara yang tidak dapat mengundi pada 5 Mei lalu kerana kad pengenalan mereka diguna oleh pengundi hantu.
"Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bukti-bukti tersebut membuktikan memang wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.
"Perkara ini juga membayangkan keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN," katanya.
Lapan pengundi yang tampil dengan bukti tersebut termasuk Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani, Mohd Khir Shaari dari Parlimen Rembau, Mohd Razmi Khalid dari Kuala Selangor, dan Nor A'risah Ab Yamin dari Serdang.
Turut tampil sebagai saksi, Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang, Sairah Junoh dari Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Shah Alam.
Salah seorang saksi, Sairah Junoh dalam laporannya berkata,"Saya ke tempat pengundian DUN Pasir Pekan N03 dan buat semakan SPR, Pihak SPR dapati nama saya dikatakan telah pun mengundi sedangkan saya belum buat pengundian dan jari saya belum dicalit dakwat."
"Semua saksi terlibat bukan saja di kawasan yang Pakatan kalah, tetapi semua tempat yang memang terdapat aduan berhubung isu ini, kita pastikan keadilan kerana kehadiran pengundi hantu meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU-13," jelas Rafizi.
"Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, kita juga akan membawa saksi-saksi terbabit tampil untuk memberi keterangan," katanya yang turut memneritahu akan membawa lagi bukti kepada rakyat selepas ini.
Rafizi dalam pada itu turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk menyatakan pendirian berhubung penyelewengan dalam pilihan raya.
"Saya juga mencabar Khairy yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau," katanya.
Perginya Seorang Pejuang Kemerdekaan - Imam Majid
Oleh : Alhusseyn

Inna lillahi wa-inna ilaihi raji'un. Imam Abdul Majid (kiri) telah kembali ke rahmatullah jam 5.00 subuh tadi kerana sakit tua. Allahyarham lahir pada pada tahun 1923. Tanggal 28 Disember, maka genaplah umurnya 88 tahun.
Allahyarham merupakan pejuang kemerdekaan negara dan terpaksa merengkok dalam tahanan di penjara Batu Gajah untuk tempoh beberapa tahun.Saya akan menulis tentangnya nanti, insya' Allah.
Allahyarham bersama Subky Latiff sewaktu
dirumah seorang sahabat di Ipoh
Jenazahnya sedang diuruskan untuk pengebumian di perkuburan Sengat.Sembahyang jenazah akan di adakan di masjid Sengat jam 11.00 am sebentar nanti. Alfatihah.
Perjuangan beliau sehingga ke akhir hayat akan sentiasa diingati oleh semua pejuang yang sentiasa istiqamah.
Pejuang Hindraf, Kristian diiktiraf BN, pelampau Melayu nganga
Ppejuang bangsa melayu umngok, Ibrahim Ali dan Zul Nordin umpama katak-katak yang digilis tayar lori balak. Kabinet Najib lebih mengutamakan usaha pejuang Hindraf berbanding Perkasa.
Begitu juga dengan Hasang Akidah yang terlalak ke sana ke mari, Mubaligh Kristian juga yang menjadi pilihan dan keutamaan menganggotai kabinet Najib.
Kita tidaklah berniat hendak melaga-lagakan antara kaum dan agama, tetapi sekadar ingin menimbulkan semula 'perjuangan' Perkasa dan Jati, yang selama ini membidas Pakatan Rakyat siang, malam, pagi dan petang dengan isu-isu perkauman dan soal negara yang akan diperintah oleh orang Kritian. Seolah-olah, bila Pakatan Rakyat memerintah, habis tunggang-langgang bangsa melayu dan agama Islam...
Maka timbulllah cerita yang dijaja oleh JKK umno, jika Pakatan Rakyat memerintah, habis kampung halaman akan jadi kandang babi. Inilah salah satu contoh 'bahan kempen jijik' yang dilakukan oleh JKK kepada masyarakat kampung dan pedalaman yang saya dengar dengan telinga sendiri!
Jadi, soalnya sekarang, SIAPAKAH YANG BERBOHONG kepada bangsa melayu yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman?
Sekarang, apabila Najib membawa Hindraf dan pemimpin sekolah mubaligh Kristian ke dalam kabinet, ke mana perginya Perkasa dan Jati? Sunyi sepi tak bersuara.
Atau masih mengasah dan mencium keris?
- Petikan Laman Marh@en


